Thursday, January 8, 2009

Saya Tak Tahu dan Saya Tak Suka.....Benci.....

Satu perbualan telah dijadi pada petang tadi mengenai sesuatu yang telah lama membuatkan saya rasa begitu dihantui sejak dari zaman kanak-kanak lagi, iaitu sesuatu yang tidak suka saya dengar dan rasai kerana semuanya telah hancur dan hanya satu pembohongan dan penipuan saja.
Sejak dari itu waktu zaman kanak-kanak saya lagi telah menganggap perkara tersebut sesuatu yang benci saya rasakan dan apabila tanpa disedari perkara tersebut akan membuatkan perasaan saya berubah dan bertukar menjadi perangai saya yang begitu buruk sehingga akan meninggalkan kesan kepada sesiapa saja yang telah mengungkit perkara tersebut tadi, tidak mengira usia ataupun apa-apa saja.

Saya tahu apakah itu negeri emas di tanah orang dan negeri perak di tanah sendiri. Jika dibayangi semuanya serba ada, mewah and indah di negeri emas orang lain dan apa yang terdapat di negeri perak sendiri? Semuanya buruk, tak indah, busuk dan dianggap sebagai kelas yang terendah sekali. Tetapi kenapa harus mengungkitnya lagi di depan saya sedangkan perkara itu menjadi sesuatu yang menghantui pemikiran saya sejak zaman kanak-kanak lagi?
Jikalau menunjukkan muka yang tidak indah dipandang kerana rasa benci terhadap perkara itu apa pula dikatakan mereka? Kita pula dipersalahkan kerana tidak menghormati mereka?
Tetapi begitu maniskah didengar begitu saja benda yang tidak suka saya dengarkan?
Mengapakan sesuatu yang dijanjikan dulu tidak ditunaikan agar hidupan menjadi satu pengalaman yang indah dan 'diberkati' tetapi sebaliknya memberi pelbagai alasan-alasan yang pedis dan pedih didengarkan? Saya faham and mengerti jikalau suatu perjanjian itu.........ahhhhh........nak jelaskan pula tiada apa-apa perubahan dapat terjadi.

Tetapi yang menakjubnya, datang seorang khalifah yang hatinya berbudi dan baik memberi petunjuk untuk hidup di dunia yang penuh fana dan ketamakan ini. Katanya khalifah itu bahawa kunci dalam semua adalah ketenangan dan harapan yang kuat diletak dalam tangan Pencipta disertai kesabaran dan doa yang tulus penuh harapan. Khalifah tersebut juga terus menerangkan yang sesuatu perkara adalah hikmah di setiap penjurunya dan harus disedari yang Pencipta itu adalah yang adil dan saksama. Sesuatu berkat da harapan akan terbentuk dan didatangi sinaran kasih yang penuh mesra dan indah kerana semuanya itu akan datang terus menenui kita seperti mana dijanji Pencipta kita yang mahakasih dan maha pengampun.
Dia akan memberi setiap yang patut untuk kita seperti dijanjikan-Nya.
Bagi saya, hati khalifah tersebut sesungguhnya hanya seorang mahluk ciptaan Pencipta tetapi hasratnya begitu murni, ikhlas dan memahami sertai begitu mengasihi. Begitu besar pahalanya akan ditunjukkan dan dikurnian Pencipta untuk khalifah tersebut.
Sudah jarang atau tiada lagi khalifah-khalifah lain di muka bumi ini sanggup seperti khalifah yang saya temui, semuanya sudah pupus tanpa diketahui alasannya. Bagi saya masih ada lagi khalifah-khalifah lain yang mempunyai hati murni seperti khalifah ini tetapi mereka begitu jauh dari sisi kehidupan saya.

Yang hairannya, aku rasa khalifah itu memang harus dijadikan pemimpin dan teladan bagi semua umat-umat Pencipta di muka dunia ini. Sekali lagi yang sedihnya, khalifah tersebut ditindas, ditolak dan diusir dari pangkat dan darjat sebagai seorang pemimpin umat-Nya. Di manakah toleransi dan timbang-rasa dimana berbentuk akal diberi Pencipta kepada setiap manusia ini? Mengapakan semuanya terkandung dalam kasih-mengasihi ini tidak lagi menjadi rutin pemakan jiwa manusia? Begitu sedih dan pilu aku dendangkan jikalau perginya khalifah tersebut pergi ke dunia dirinya lagi dan lagi pedis dan hancur hatiku syairkan jikalau tiada lagi khalifah itu dihargai setiap hasratnya yang ihklas dan takjum.

Aku berdoa bah kata setiap umat yang taat dan patuh, jikalau Pencipta aku kedengaran doa aku yang dihalang dinding-dinding munafik dunia, tunjukka jalan yang disinari kasih dan rahmat-Nya dalam setiap kehidupan harian khalifah-khalifahNya serta dipohon kasih dan sayangNya untuk memudahkan setiap perkerjaan khalifah-khalifahNya di dunia ini juga.
Apa yang lepas salah dijadikan ingat dan pengajaran, apa yang indah akan dijadikan harapan dan teladan selama-lamanya.

No comments: