Wednesday, February 4, 2009

Tiada Lagi Mentari Bersinar Cempaka Mekar di Pagi Hari

Sang Putera mengidam cempaka mekar tiap pagi hari yang bagaikan indah dan sinarnya mekar cempaka yang dihayati dan dialuni dalam hati sang putera. Kedinginan dan kesunyian pagi bagi sang putera nun dibagaikan syurga di alam kayangan yang indah dan gemilangnya tiada dapat dibayangi dari minda manusia apatah diibaratkan dengan kata-kata sajak diklamasi.

Sayangnya, cempaka itu tiada lagi, sudah tiada dan tiada. Kecainya hati sang putera kini boleh dianggap seorang jejaka yang bukan lagi sang putera tetapi seorang budak lelaki yang tiada darjat yang hanya bagaikan pengemis yang mohon sedekah makan minum dari khalayak ramai.
Kecainya hati sang putera dipagi itu melihat cempaka telah tiada dihanyut air bah pergi, ditiup angin kekencangan entah pergi kemana arahnya, disilat petir sudah apa lagi habis debu and abunya ke tanah entah perginya kemana. Hanya seru, kasih dan belas teman-teman di laman itu yang mampu difahami oleh sang putera.

Tangis putera tiada makna lagi, ingatan dan angannya dahulu kepada cempaka sudah hancur di hati sang putera. Hanya boleh jadikan sajian di setiap penjuru hatinya, iaitu ingat mahupun kenangan. Itu yang mampus dilihat lagi sang putera di laman setiap pagi kerana itu semua adalah keesaan pembuat laman itu.

Tiada erti juga jikalau cempaka itu datang kembali kerana keayuannya adalah kepunyaan laman lain yang lebih kebesaran, kekuasaan dan kemewahan penikmat laman lain. Dan kini, sang putera hanya sujud di jiwa dan hati, lurus kepada guru alam laman dan terus menjaga laman kini agar lebih bermegah bagaikan penikmat-penikmat lain agar bencana dan mushibah tidak menjadi alunan dan dendangan penikmat lain yang kini megah bersemayam dengannya.

The flowers of lilly have been gone, it have been lose and have no more. The prince could say nothing, the heart of nothing to thought, the mind would nothing can moving. The prince only have way to hope for his divine Master, the creator of the garden that have fulfilled the glorious and bloomsom lilly that standing in the lake, decorating the surface of living creatures.